1. WANG PEMATUHAN |
|
|
i. |
Caj perkhidmatan sebanyak RM 10.00 pada wang pematuhan jika pembatalan sewaan dewan. |
ii. |
Penyewa boleh menuntut bayaran wang pematuhan selepas penggunaan dengan mengemukakan resit asal bayaran cagaran, salinan kad pengenalan, salinan penyata bank atau salinan muka buku bank dan perlu dihantar ke Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPHS. |
iii. |
Wang pematuhan akan dimasukkan ke dalam akaun penyewa dalam masa 3 minggu hari bekerja kecuali di atas sebab yang tidak dapat dielakkan. |
iv. |
Wang pematuhan tidak akan dipulangkan jika keadaan dewan tidak bersih serta ada sebarang kerosakkan selepas penggunaan. |
|
|
2. BAYARAN SEWA |
|
i. |
Bayaran sewaan dewan tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan tempahan dibuat. |
ii. |
Segala pertanyaan bayaran boleh hubungi di talian 03-60641331 / ext 144 Jabatan Panilaian Pengurusan & Harta Majlis Perbandaran Hulu Selangor. |
iii. |
Bayaran sewaan dewan hanya boleh dilakukan secara bayaran online sahaja. |
iv. |
Sebelum bayaran online dibuat penyewa perlu memastikan ID dan Password akaun bank adalah tepat serta baki dalam akaun bank adalah mencukupi untuk pembayaran bagi mengelakkan tempahan tidak berjaya dan tarikh tersebut ditahan dalam sistem tempahan dewan. |
|
|
|
3. PENANGGUHAN MAJLIS KERAIAN / MAJLIS KEMASYARAKATAN |
i. |
Pihak MPHS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penangguhan serta penukaran tarikh oleh penyewa.Diminta memaklumkan dengan kadar segera kepada pihak MPHS ianya tertakluk kepada kekosongan pada tarikh baru . |
|
|
|
4. PEMBATALAN TEMPAHAN |
i. |
Sebarang pembatalan tempahan dewan perlu hubungi di talian 03-60641331 / ext 144 Jabatan Panilaian Pengurusan & Harta Majlis Perbandaran Hulu Selangor. |
ii. |
Pihak MPHS BERHAK membatalkan tempahan sekiranya;
a. penyewa tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.
b. terdapat penganjuran acara yang lebih utama anjuran MPHS/pihak kerajaan.
|
iii. |
Pihak MPHS, akan memaklumkan sekiranya terdapat pertindihan tarikh seperti 4.(ii)(b) lebih awal/serta- merta. Tarikh/masa penggunaan yang baru akan diberikan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan tertakhluk kepada kekosongan dewan. |
|
|
|
5. PERATURAN – PERATURAN AM |
i. |
Penyewa bertanggungjawab mendapatkan permit polis bagi sebarang perhimpunan yang dijalankan. |
ii. |
Penyewa hendaklah menempah dewan serta membuat bayaran secara online dahulu sebelum menggunakan kemudahan dewan MPHS. |
iii. |
Memastikan kebersihan diutamakan di dalam dan di luar kawasan dewan semasa & selepas selesai penggunaan. |
iv. |
Penyewa adalah bertanggung jawab atas segala kehilangan atau kerosakan harta benda milik MPHS. |
v. |
Pihak MPHS tidak akan membayar gantirugi dan tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan, kecederaan, kemalangan atau kehilangan yang berlaku semasa penggunaan dewan. |
vi. |
Penyewa dewan adalah mengikut kegunaan tempahan sahaja. Tidak dibenarkan menjalankan apa- apa aktiviti selain dari tempahan yang dibuat. |
vii. |
Penyewa tidak dibenarkan menjalankan aktiviti memasak di sekitar kawasan dewan. |
viii. |
Penyewa dilarang sama sekali membawa makanan non halal /minuman keras di dalam atau di sekitar kawasan dewan. |
iv. |
Penyewa dan orang ramai tidak dibenarkan merokok di sekitar dan di dalam dewan. |
x. |
Pengguna tidak dibenarkan menjalankan aktiviti memasak di sekitar kawasan dewan. |
xi. |
Penyewa tidak dibenarkan membuat bising dengan gangguan muzik atau sebarang hiburan dan apa-apa aktiviti kawasan sekitar yang boleh mendatangkan kacau ganggu serta kepada orang awam. |
xii. |
Penyewa tidak dibenarkan untuk mempamerkan/ menggantungkan apa-apa hebahan/ iklan di pagar dewan khusus nya kawasan berdekatan dengan struktur LED Billboard. |
|
|
NOTA PENTING :
JIKA DEWAN ORANG RAMAI YANG DITEMPAH MENJADI PUSAT PERMINDAHAN MANGSA AKIBAT BENCANA/DARURAT TEMPAHAN YANG DIBUAT AKAN TERBATAL SERTA MERTA.
WANG PEMATUHAN/BAYARAN SEWAAN TEMPAHAN DEWAN AKAN DIPULANGKAN KEPADA PENGUNA ATAU TEMPAHAN DEWAN BOLEH DIPINDA KE TARIKH YANG BAHARU TERTAKLUK KEPADA KEKOSONGAN DEWAN.
|
|
|